Ahad, 27 Februari 2011

Perempuan kencing berdiri ? Sesuai ke ?

Kelakarpun ade, pelikpun ade...Pompuan kencing berdiri ? ish2.

Biasanya kite tahu yang pompuan sejak azali lagi memang kencing duduk & aku tak nak bercerita mengenai wangi ke tak bau air kencing diorg tu, cume aku nak tanya pendapat korang semua, sesuai ke kaum hawa kencing berdiri ?

So kat bawah ni ade beberapa gambar yang menunjukkan student China mencuba tandas yang membolehkan mereka semua kencing berdiri tanpa ade rase malu dan segan.

 Ini merupakan alat utk pee standing yg tlah di-war2kan di sana

Projek ini sebenarnya telah dilaksanakan pada bulan September tahun lepas di Shaanxi Normal Universitiy.Jika anda seorang wanita & mahu mencuba pee standing, blehlah membuat perkara tersebut di pusat2 serta megamall bandar2 besar China.Siap ade tandas unisex lg tu.

Kesimpulan yang bleh dibuat mengenai perkara ini, tak de masalah untuk seseorg pompuan itu kencing berdiri namun maybe diorg kan pompuan so tingkah laku serta adab nak kencing tu mestilah lebih bersopan dr laki.Kalau tak, nanti diorg takut digelar sebagai pengkid plak,kan ?

Dalam Islam, kite sebenarnya digalakkan supaya kencing duduk tak kire laki atau pompuan.Kencing berdiri ni bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena pd diri kita, ia tidak menjadi masalah bagi kite yg gemar untuk kencing berdiri ni. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 10 Februari 2011

Dari Video ke MP3


Bagi yang gemar atau kaki Youtube & download, tutorial kali ini pastinya menarik bagi korang semua.

Pernah tak korang terfikir, setiap hari korang tengah menjenguk, melayan video-video di Youtube namun korang tak terfikir yang ade 1 website yang membolehkan video dari Youtube tu ditukarkan menjadi MP3 ? Kire maksud aku, ia di convert kan ke MP3.

Website itu bernama video2mp3.

Bukan sahaja dari Youtube, malah website2 lain yang ade kaitan dengan penggunaan video juga boleh diconverte kan ke MP3. Apa yang perlu dibuat ialah korang copy URL video tersebut & paste kannya di ruang yang telah disediakan. Klik convert. dan tunggu beberapa minit untuk download link yang di-convert itu.

Dengan adanya website sebegini, ia dapat menguntungkan & menjimatkan pekerjaan harian kite sebenarnya.Biasanya sebelum ni ramai yang kena download sesuatu software tapi dengan website ini, korang tak perlu bersusah-payah serta berlenggang lengguk pinggul korang itu untuk download apa-apa software. Just copy & paste URL n then korang akan dapat download mp3 dari video yang korang suka itu. Perfect thing come from simple way, chewah...

Video 2 MP3 (klik sini...) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 9 Februari 2011

Lagu untuk Hantu Kak Limah


Last week atau dua minggu lepas, Astro first ade offer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)...Bile sudah dioffer tu, familly aku terus subcscribe, yelah price 15 ringgit sahaja, rugi kalau tak langgan. Cuma astro first hanya beri tempoh limit sampai 2 hari sahaja untuk menengok filem HKLBR. Start dari pagi, hingga ke malam aku asyik duk repeat tengok filem HKLBR tu..dahsyat gilelah penangan filem arahan Mamat Khalid....

Kalau yang dah tengok filem HKLBR, mesti korg suka dengan lagu terus memancor tu...alah yang Awie nyanyi kat scene untuk Che Nin...Nak download mp3 lagu tu ?check it out :


Cinta kristal - Rahim Maarof (original version)

Psssttt : Sesape nak request mp3, bleh (klik kat sini...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 7 Februari 2011

Al-kisah mengenai pengasas MukaBuku


Dari budak kecik hinggalah ke orang tua termasuk nenek sekali, memang suka duk ngetop & mengadap facebook je.Entahlah, datang mana aura yang bagi sampai budak2 sekolah ponteng sekolah semata-mata nak melayari facebook

Bercakap pasal facebook atau dalam bahasa melayu bermaksud mukabuku, korang tak terfikir ke tiap2 hari korang lawati laman web sesawan paling popular di dunia ini namun tak tahu sape pencipta,pembuat serta pengasasnya.Hah, ni yang cheq nak habaiq mai neh.


Dia ialah Mark Zuckerberg, pengasas laman web paling sawan di dunia ini.Bangga tak,bangga tak ? dialah yang bangga, nape kite plak nak bangganya. Ketika Mark dalam proses membuat laman web facebook, beliau hanya seorang student dari Universiti Harvard.Facebook pada ketika itu hanya digunakan oleh sebilangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain.Kejayaan datang dari usaha.So Mark dengan usaha setinggi-gunungnya itu mula menyebarkan facebook kepada universiti yang lain plak.Univeristi yang terawal yang mendapat penyebaran ini ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale.Dan tak perlu die menyebarkan sampai ke universiti al-azhar kerana facebook secara rasminya telah berjaya dibuka di seluruh dunia.Maybe alien pun duk syok layan fb skrg ni.

Facebook telah berjaya mengalahkan laman web sawan yang lain seperti Friendster,Myspace,Tagged selepas 2 tahun ia dibuka kepada orang ramai.Selepas pada tempoh tersebut, Google & Yahoo telah menawarkan tawaran yang lumayan yang mana tawaran tersebut menginginkan Mark menjual facebook itu.Namun ape kate Mark ? Beliau secara kerasnya tidak mahu menjual laman yang agak sawan itu walaupun dengan harga yang mencecah USD$1 billion.

"Facebook milik gua & ia bukan untuk dijual." Itulah jawapan muktamad dari beliau walaupun ade beberapa pihak lain mendesak beliau supaya menjual laman web itu. Namun beliau tetap dengan pendiriannnya itu dengan mengatakan "MukaBuku bukan untuk djiual." Yang boleh dijual hanya kuih bahulu dia sahaja.

Facebook telah menjadikan Mark antara orang paling kaya di dunia.Namun walaupun die kaya, tapi gaya hidupnya hanya sederhana.Maksud aku ialah walaupun harta & juga kekayaannya melimpah-limpah bagaikan lautan pasifik yang dipenuhi emas namun Mark hanya tinggal di rumah yang simple-mimple je.Tak caye ? sila tengok rumah beliau kat bawah ni,


Kaya tapi rumah not heavy rich, like simple mimple.Tidak perlu nak panggil Eric Leong utk surprise-surprise kan rumah Mark tu, rumah beliau memang dah cantik.

Kekayaan yang dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion), beliau lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama dengan teman wanitanya, Priscilia Chan yang terletak di pinggiran bandar dengan keadaan persekitaran yang biasa sahaja.

Banyak lagi kisah pasal Mark Zuckerberg ni, cume setakat ni je yang aku bleh bagitahu.Kalau nak tahu lebih pasal beliau, boleh ushar di website wikipedia.Yang belum add fb die lagi, bleh (klik sini...)
Hensem atau tidak Mark Zuckerberg ni ? Anda ada 60 saat untuk menentukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 1 Februari 2011

Selepas berbikini, kini Fasha Sanda di "effect" kan plak ..


Hangat, sensasi serta kontroversi sungguh kes Fasha Sandha berbikini di Bali hari tu...dan untuk entri kali ini secara zahirnya aku tak ingin memberi sebarang reponse mengenai insiden itu. Sebab ia tak ade kena mengena dengan aku, so ade aku kesah ? hehe.

Oklah sebenarnya macam ini aku ade jumpe satu web yang sangat menarik.Web ini tidak ada kaitan dengan web lucah mahupun porno, tidak juga berkisahkan tentang filem karut-marut Dr Romzey itu.Web tersebut bernama JPGfun, yang mana ia memaparkan efek2 gambar yang telah disediakan khusus untuk pengguna internet.

Web JPGfun ni lebih kurang same je cam website Photofunia & Loonapix lah.Fungsi yang sama cume bezanya ialah type of effect sesuatu foto tu sahaja. Bagi sape yang dah try tutorial ni sebelum ni, maybe korang akan suke plak dengan efek di JPGfun ni.


Oklah sebagai contoh, aku ade amik beberapa keping gambar Fasha Sandha. Dalam banyak2 gambar die, gambar berbikini die juga yg aku pilih & aku gunkannya sebagai model tutorial entri kali ni. Jangan marah ye Fasha, ini cume parodi,hehe.

x tahan tengok gambar fasha berbikini, sampai Nicolas Cage tutup mulut die dengan tangannya...Takkan meleleh dah bang ?

Wow, great scene...nice car bro.!

hoho, fasha dah jadi WANTED gitu...

 Kucingpun minat dengan Fasha Sandha.Siap meniarap lagi tengok gambar Cik Fasha

So kat atas ni antara contoh gambar Fasha Sanda yang telah di "effect" kan oleh web JPGfun itu. Korang juga boleh try tutorial unik ni.Cara nak buat mudah je. Pertama ialah Upload/pilih gambar faveret korang dan kemudiannya sila pilih efek-efek yang telah tersedia. Pastinya lebih dari 20 efek menarik yang dicipta dari website JPGfun. Akhir sekali , klik kat create image & selesai.! Korang bleh lihat hasil efek gambar tersebut tu. Korang boleh save gambar tu di fail komputer korang.Good try.!


 * Xde kredit ke untuk aku ? at least bak ler 2/3 baris komen korang tu sbg tanda penghargaan utk entri tutorial kali ini,hehe. *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...