Selasa, 18 Oktober 2011

Kolajkan foto anda

Sambil blogwalking, tiba-tiba terjumpa satu website menarik. Photovisi namanya. Dalam website itu, kita boleh buat sesuatu gambar menjadi kolaj(collage). Collage ye, bukan kolej erk.

Sebagai contoh, sila lihat di bawah ni :

Gambar Kirsten stewart yang telah di-kolaj

heliza helmi...

Berminat ? sila klik sini untuk mencubanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 16 Oktober 2011

Tahap kelajuan loading blog anda


Nak tahu sejauh mana tahap kelajuan blog anda ? maksud aku, dari segi loading die... tahap loading dapat membace keadaan blog itu berat atau ringan.

Try usha Pingdom .  Masukkan URL blog & kemudiannya klik Test.

Selain itu, Website Pingdom juga dapat memberi laporan mengenai data-data test semasa kita berblogging.

Psssttt : Ekceli, senang je nak tahu blog orang itu ringan, berat, gemuk atau slim. Ia bergantung kepada widget yang kite letak di sidebar. Terlampau banyak widget akan memberatkan blog kita juga. So, sentiasa beringat lah ye. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Download MP3 Stacy - Kisah Dongeng

 
Lagu tema drama Cinta Elysa (TV3)


Berminat dengan lagu ni ?

Download mp3 lagu Stacy - Kisah Dongeng (klik sini...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 25 September 2011

Tips elak artikel di-copy paste


Perkara yang paling dibenci oleh Blogger skrg ni ialah bile entri/artikel mereka di-plagiat, copy-paste atau seumpama dengannya. Gambar original yang kite upload, tiba2 di-ambil secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab. So ape kite nak buat ? Mungkin ini langkah kecil untuk elakkan entri/gambar anda di-copy paste :



Cara nak buat ? Pergi ke Dashboard. Klik design & macam biase ke page element dan pilih add gadget. Copy kod yang tertera di atas ni dan paste kannya. Mudah bukan ?

Anda boleh tukar ayat "ohhh nak copy ye ? tak boleh !" itu kepada ayat kesukaan anda sendiri.

Psssttt : Jangan terlalu berharap sangat dengan tips ni kerana si-penggemar copy paste masih boleh copy-paste entri orang lain dengan menggunakan print screen or taktik lain. Cume tips ni boleh mengurangkan sedikit masalah copy-paste yang melanda kepada blogger sekarang. Tidak semua orang kat atas dunia ni pandai. So, kite boleh gune tips ni untuk sekadar bagi warning kepada pihak yang berkenaan. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 13 September 2011

Anda ego atau tidak ?

Nak tahu, jenis2 manusia yang sombong/egois/bongkak, cube bace note di bawah ini :

- suke sangat marah, 
- suka memotong percakapan orang, 
- suka bermujadalah bermaksud bertegang
leher, 
- nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya
- di satu majlis, bercakap meninggikan suara, 
pantang ditegur,
- tidak ada
tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
gambar sekadar hiasan...

Adakah anda terdiri daripada golongan2 yang disebutkan itu ? Hmmm cube fikir2kan sejenak ye...

Psssttt : Orang yang ego ni juga boleh dikategorikan sebagai dayus.. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 12 September 2011

Snap-shot : Selebriti Pics


Jadi paparazzi ni best gak,kan ? Kite kejar artis, kadang2 artis kejar kite plak.. macam main polis sentri..

Oklah, untuk entri kali ini ia ade kaitan dengan selebriti & juga paparazzi... biasenya kite tengok paparazzi ni suka snap-shot/tangkap gambar orang2 glamer especially selebriti... tangkap gambar ni memang dah jadi keje diorang...kalau x tangkap gambar, takkan nak tangkap ayam plak...

Ade 1 website yang diberi nama Dumpr. Website itu membolehkan korang menjadi ala2 paparazzi, untuk catch foto selebriti. Kalau tak nak catch foto selebriti, korang juga boleh catch foto korang sendiri..


Sebagai contoh, aku amik satu foto artis Malaysia yang cun-melecun iaitu Heliza. Kire aku macam wartawan & ditugaskan untuk amik gambar Heliza ni :

 first choice

 second choice

Hah, suke ? seronok ? Kalau suke & seronok, korang try lah buat plak. (Selebriti Pic - klik sini...) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 9 September 2011

Beza alasan bangang dengan alasan bijak bila clash couple

Biasenya kite kalau lepas putus tunang/couple tentu ada alasan yang tersendiri kan. Ada alasan yang boleh pakai dan ada juga alasan yang macam beruk makyeh. Korang tentukanlah sendiri benda ni...

Alasan -A :

1) mak bapak saya marah saya kapel

2) awak busuk

3) saya ada penyakit berbahaya

4) awak komen sape kat facebook? Ok putus.

5) awak tak bagi saya raba-raba awak, awak tak cintakan saya ek?

*dicilok dari : janganignore


Alasan +A :

1) Saya x tahan dengan bau asap rokok. Tahun ni dah tahu ke-5 awak mungkir janji.

2) Kalau awak ingat saya anak orang kaya, awak silap. Saya orang biase yang selesa hidup dalam kesederhanaan & tak mahu kekasih mata duitan.

3) Awak selalu menolak saya berjumpe dengan teman2 awak. Saya dapat rasakan awak rahsiakan sesuatu dari saya.

4) Takkan keluar dengan sedara pun jeles ? Jangan cemburu buta,plez.

5) Maaf, saya juga ada tali pinggang hitam. Kalau berani sentuh badan saya, cubelah.

*dicilok dari : Majalah Klik

 Ade juga yang gune alasan cmni
"Sebenarnya kite dari dunia berbeza" 


(aih, dunia berbeza ? laki dgn pompuan tu duk dalam dunia suku2 ke... sorang di dunia beruk, sorang lagi di dunia alien, cmtu erk maksudnya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 29 Mac 2011

Panas ! : Baju sekolah perempuan yang seksi ?


Korang perasan tak, yang baju sekolah pelajar perempuan ni agak seksi ?

Ia bukan sahaja seksi, malah boleh membuatkan kaum jantan yg lain "ternoda" dan menyebabkan hormon mereka mencanak dengan secara tidak sengaja.

Kite boleh lihat dari segi warnanya dulu.Biru putih.Biasanya warna putih ni suci, cume berbeza untuk uniform sekolah pompuan kerana kain putih tu memang agak transparent, kalau tak control mata memang boleh nampak bra kat dalam atau bayangan spender pompuan tersebut.Kalau yg jenis pakai coli kaler hitam, sure lebih jelas.


Tu kalau yg pakai tudung.Kalau jenis tak pakai tudung lagi dahsyat , tersembul lah bukit bukau dan gunung-ganang mereka, yang gedik sikit memang tak butangkan leher baju kurung cekak musang tu.

Tak leh bayang kalau hari time cuaca hujan, pakaian basah, so memang akan nampak lah benda yg tak sepatutnya kite nampak.Putinglah, apelah...

Apabila benda tu berlaku, maka terjadilah kes2 khalwat, rogol dan acara raba-meraba yg kite dapat lihat pada pelajar sekolah negara kite skrg ni.So sape yang salah ? Bukan salah ibu mengandung dan bukan juga salah bapa yang tak leh mengandung.Tapi kesilapan tersebut hanya ade pada mereka sahaje.Pandai2lah berpakaian elok dan bersopan.Maksud aku kalau yg jenis bertudung, biar bertudung labuh, cam ustazah pakai tu. konfem ramai kaum lelaki tak stim mane bile melihatnya nanti.


Psssttt : Perlukah dipersalahkan sekali pembuat kain baju sekolah ni ? Sebab bleh nampak design budak2 sekolah zaman skrg agak pelik.Dah le pelajar pompuan skrg ni lebih berfikiran moden kolot.Beli tudung yg pattern dah cantik, saizpun okey, cume ape kejadahnya lepas pada tu pegi potong n adjust balik kain tudung diorg supaya nampak lebih kecik.Macam student lakilah skrg, suke kerat/kecikkan seluar mereka. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 25 Mac 2011

Twitter...oh twitter...

 gambar sekadar hiasan...

Ape itu Twitter ? Adakah ia sejenis cikaro ? ataupun barangan pampers pakai buang ?

Secara umumnya, Twitter merupakan satu perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yg membolehkan u all menghantar dan membace mesej yang dipanggil tweet.Ape itu tweet ? Tweet ialah pesanan teks yg boleh dihadkan sebanyak 140 perkataan sahaja utk dipaparkan dalam halamn profil korang.Tidak lupe ia dapat diutuskan kpd ibu2, bapak2, dan sesape sahajalah yg menjadi follower twitter korang.



Korang boleh menghantar dan menerima tweet melalui lawan web, SMS atau mane2 aplikasi luar.Tapi jangan sesekali tweet kat public phone, nanti orang kate korang gile plak.Wlpn service twitter percuma, tapi penggunaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekok telekom.

Twitter ni same je cam Facebook. Ia berkonsepkan perkhidmatan rangkaian sosial.Namun cara penggunaanya lebih simple & easy dari facebook.Korang bleh tulis ape sahaja utk di-tweetkan supaya org lain dapat bace ape yg korang tgh buat pd waktu itu.Time korang tengah buang air besarpun korang bleh tweet juga...contoh cam "aku tengah melepas ni..."

Jika facebook web sosial paling sawan di dunia, maka twitter pun boleh boleh dianggap web kedua tersawan di muka bumi ini.


Kat hollywood, selebriti yg paling famous gune perkhidmatan ni ialah Britney Spears, Arnold Susah-nak-eja, Nicole Kidman, Oprah Winfrey dll.

Kat Malaysia skrg ni, xpayah cakaplah...selebriti, orang VIP, datuk2 datin2 pun ade twitter.Contoh cam Lisa Surihani, Zizan raja lawak, Anwar Ibrahim, Fasha Sandha dan banyak lagi beb.


Eh2 jangan lupe, PM kite Dato Seri Najib Abd Razakpun main twitter.Di samping melayan Datin Rosmah Mansor memasak kat dapur, Dato Seri Najib juga sempat ber-tweet sambil bekerja.

Player bola sepak terkenal cam Rio Ferdinand juga layan twitter. Tennis Andy Murray, Golf Tiger Woods.

Honest aku cakap, memang tipulah ada di antara korang semua yg belum berjinak dengan twitter.Apetah lagi yg tak kenal dgn benda ni. Nenek sebelah jiran rumah akupun ade twitter, tak kan korang tak de kot ?

Hah, ape lagi..jomlah sertai dunia twitter skrg.! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cute tapi Seksa : Miera Liyana

 Seksi yang menyeksakan...

Heboh, hangat sungguh cite mengenai pelakon muda sorang ni yg namenya Miera Liyana...Lebih2 lagi kes mengenai gambar seksi yg nyaris menampakkan "ehem2"nya itu.Baru dua hari lepas, result SPM diumumkan dan Miera membuat keputusan untuk merahsiakan keputusan exam tersebut.Atas sebab ape aku tak tahu.Tapi bagi pendapat aku lah, somebody yang secretkan result exam die tu biasanya result die "failed" je.Kalau result die gempak, terbaik dari ladang, xkan lah die nak main nyorok2 plak,kan ? That my opionionlah..., respons u all cmner plak ?..

 Macam kenal je member Miera yg pakai tudung kat sebelah ni (kanan) ?

Psssttt : Selepas pada insiden memakai baju seksi gile tu, Miera Liyana telahpun memohon maaf kpd semua pihak yang telah tersinggung dengan cara pemakaiannya itu.Hmmm, well abosuletly we have to forgive him. Manusia mane yang tak pernah buat silap kan, kan ? But honestly Miera, do u have asked forgiveness from God first ?

Kredit utk Donnyien
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 24 Mac 2011

Jalan hidup korang

Opppsss...jangan salah sangka, entri kali ini bukanlah bertemakan kisah emosi, kisah melibatkan hidup dan mati ke ape ke...ini gimik sahaja.

Korang teringin nak buat signboard atas nama korang sendiri ? Macam ni, ade 1 website menarik yang membolehkan papan tanda jalan tu ditulis atas nama korang sendiri.

Website yang aku maksudkan itu ialah SreetSignGenerator. Sila rujuk contoh di bawah ini :




Cara nak buat mudah je, first kena pilih dulu jenis signboard dan kemudiannuya, tulis perkataan yang korang nak ipaparkan kat signboard itu. Last, klik kat generate street sign. Korang boleh lihat hasilnya...Simple but interesting.Hah, ape lagi jom lah try tutorial ni skrg.!

Bina signboard korang (klik sini...) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelik tapi Cute : A cat sitting like a human

Bace akhbar Kosmo kelmarin, ade satu artikel yg menarik perhatian aku... Kucing duduk seperti manusia...Hmmm, nampak pelik tapi cute...

Info ringkas : LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.

Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.

Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

Psssttt : Hmmm cute tapi tak boleh bayangkan kalau lembu atau kambing duduk macam ini juga... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 27 Februari 2011

Perempuan kencing berdiri ? Sesuai ke ?

Kelakarpun ade, pelikpun ade...Pompuan kencing berdiri ? ish2.

Biasanya kite tahu yang pompuan sejak azali lagi memang kencing duduk & aku tak nak bercerita mengenai wangi ke tak bau air kencing diorg tu, cume aku nak tanya pendapat korang semua, sesuai ke kaum hawa kencing berdiri ?

So kat bawah ni ade beberapa gambar yang menunjukkan student China mencuba tandas yang membolehkan mereka semua kencing berdiri tanpa ade rase malu dan segan.

 Ini merupakan alat utk pee standing yg tlah di-war2kan di sana

Projek ini sebenarnya telah dilaksanakan pada bulan September tahun lepas di Shaanxi Normal Universitiy.Jika anda seorang wanita & mahu mencuba pee standing, blehlah membuat perkara tersebut di pusat2 serta megamall bandar2 besar China.Siap ade tandas unisex lg tu.

Kesimpulan yang bleh dibuat mengenai perkara ini, tak de masalah untuk seseorg pompuan itu kencing berdiri namun maybe diorg kan pompuan so tingkah laku serta adab nak kencing tu mestilah lebih bersopan dr laki.Kalau tak, nanti diorg takut digelar sebagai pengkid plak,kan ?

Dalam Islam, kite sebenarnya digalakkan supaya kencing duduk tak kire laki atau pompuan.Kencing berdiri ni bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena pd diri kita, ia tidak menjadi masalah bagi kite yg gemar untuk kencing berdiri ni. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 10 Februari 2011

Dari Video ke MP3


Bagi yang gemar atau kaki Youtube & download, tutorial kali ini pastinya menarik bagi korang semua.

Pernah tak korang terfikir, setiap hari korang tengah menjenguk, melayan video-video di Youtube namun korang tak terfikir yang ade 1 website yang membolehkan video dari Youtube tu ditukarkan menjadi MP3 ? Kire maksud aku, ia di convert kan ke MP3.

Website itu bernama video2mp3.

Bukan sahaja dari Youtube, malah website2 lain yang ade kaitan dengan penggunaan video juga boleh diconverte kan ke MP3. Apa yang perlu dibuat ialah korang copy URL video tersebut & paste kannya di ruang yang telah disediakan. Klik convert. dan tunggu beberapa minit untuk download link yang di-convert itu.

Dengan adanya website sebegini, ia dapat menguntungkan & menjimatkan pekerjaan harian kite sebenarnya.Biasanya sebelum ni ramai yang kena download sesuatu software tapi dengan website ini, korang tak perlu bersusah-payah serta berlenggang lengguk pinggul korang itu untuk download apa-apa software. Just copy & paste URL n then korang akan dapat download mp3 dari video yang korang suka itu. Perfect thing come from simple way, chewah...

Video 2 MP3 (klik sini...) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 9 Februari 2011

Lagu untuk Hantu Kak Limah


Last week atau dua minggu lepas, Astro first ade offer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)...Bile sudah dioffer tu, familly aku terus subcscribe, yelah price 15 ringgit sahaja, rugi kalau tak langgan. Cuma astro first hanya beri tempoh limit sampai 2 hari sahaja untuk menengok filem HKLBR. Start dari pagi, hingga ke malam aku asyik duk repeat tengok filem HKLBR tu..dahsyat gilelah penangan filem arahan Mamat Khalid....

Kalau yang dah tengok filem HKLBR, mesti korg suka dengan lagu terus memancor tu...alah yang Awie nyanyi kat scene untuk Che Nin...Nak download mp3 lagu tu ?check it out :


Cinta kristal - Rahim Maarof (original version)

Psssttt : Sesape nak request mp3, bleh (klik kat sini...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 7 Februari 2011

Al-kisah mengenai pengasas MukaBuku


Dari budak kecik hinggalah ke orang tua termasuk nenek sekali, memang suka duk ngetop & mengadap facebook je.Entahlah, datang mana aura yang bagi sampai budak2 sekolah ponteng sekolah semata-mata nak melayari facebook

Bercakap pasal facebook atau dalam bahasa melayu bermaksud mukabuku, korang tak terfikir ke tiap2 hari korang lawati laman web sesawan paling popular di dunia ini namun tak tahu sape pencipta,pembuat serta pengasasnya.Hah, ni yang cheq nak habaiq mai neh.


Dia ialah Mark Zuckerberg, pengasas laman web paling sawan di dunia ini.Bangga tak,bangga tak ? dialah yang bangga, nape kite plak nak bangganya. Ketika Mark dalam proses membuat laman web facebook, beliau hanya seorang student dari Universiti Harvard.Facebook pada ketika itu hanya digunakan oleh sebilangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain.Kejayaan datang dari usaha.So Mark dengan usaha setinggi-gunungnya itu mula menyebarkan facebook kepada universiti yang lain plak.Univeristi yang terawal yang mendapat penyebaran ini ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale.Dan tak perlu die menyebarkan sampai ke universiti al-azhar kerana facebook secara rasminya telah berjaya dibuka di seluruh dunia.Maybe alien pun duk syok layan fb skrg ni.

Facebook telah berjaya mengalahkan laman web sawan yang lain seperti Friendster,Myspace,Tagged selepas 2 tahun ia dibuka kepada orang ramai.Selepas pada tempoh tersebut, Google & Yahoo telah menawarkan tawaran yang lumayan yang mana tawaran tersebut menginginkan Mark menjual facebook itu.Namun ape kate Mark ? Beliau secara kerasnya tidak mahu menjual laman yang agak sawan itu walaupun dengan harga yang mencecah USD$1 billion.

"Facebook milik gua & ia bukan untuk dijual." Itulah jawapan muktamad dari beliau walaupun ade beberapa pihak lain mendesak beliau supaya menjual laman web itu. Namun beliau tetap dengan pendiriannnya itu dengan mengatakan "MukaBuku bukan untuk djiual." Yang boleh dijual hanya kuih bahulu dia sahaja.

Facebook telah menjadikan Mark antara orang paling kaya di dunia.Namun walaupun die kaya, tapi gaya hidupnya hanya sederhana.Maksud aku ialah walaupun harta & juga kekayaannya melimpah-limpah bagaikan lautan pasifik yang dipenuhi emas namun Mark hanya tinggal di rumah yang simple-mimple je.Tak caye ? sila tengok rumah beliau kat bawah ni,


Kaya tapi rumah not heavy rich, like simple mimple.Tidak perlu nak panggil Eric Leong utk surprise-surprise kan rumah Mark tu, rumah beliau memang dah cantik.

Kekayaan yang dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion), beliau lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama dengan teman wanitanya, Priscilia Chan yang terletak di pinggiran bandar dengan keadaan persekitaran yang biasa sahaja.

Banyak lagi kisah pasal Mark Zuckerberg ni, cume setakat ni je yang aku bleh bagitahu.Kalau nak tahu lebih pasal beliau, boleh ushar di website wikipedia.Yang belum add fb die lagi, bleh (klik sini...)
Hensem atau tidak Mark Zuckerberg ni ? Anda ada 60 saat untuk menentukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 1 Februari 2011

Selepas berbikini, kini Fasha Sanda di "effect" kan plak ..


Hangat, sensasi serta kontroversi sungguh kes Fasha Sandha berbikini di Bali hari tu...dan untuk entri kali ini secara zahirnya aku tak ingin memberi sebarang reponse mengenai insiden itu. Sebab ia tak ade kena mengena dengan aku, so ade aku kesah ? hehe.

Oklah sebenarnya macam ini aku ade jumpe satu web yang sangat menarik.Web ini tidak ada kaitan dengan web lucah mahupun porno, tidak juga berkisahkan tentang filem karut-marut Dr Romzey itu.Web tersebut bernama JPGfun, yang mana ia memaparkan efek2 gambar yang telah disediakan khusus untuk pengguna internet.

Web JPGfun ni lebih kurang same je cam website Photofunia & Loonapix lah.Fungsi yang sama cume bezanya ialah type of effect sesuatu foto tu sahaja. Bagi sape yang dah try tutorial ni sebelum ni, maybe korang akan suke plak dengan efek di JPGfun ni.


Oklah sebagai contoh, aku ade amik beberapa keping gambar Fasha Sandha. Dalam banyak2 gambar die, gambar berbikini die juga yg aku pilih & aku gunkannya sebagai model tutorial entri kali ni. Jangan marah ye Fasha, ini cume parodi,hehe.

x tahan tengok gambar fasha berbikini, sampai Nicolas Cage tutup mulut die dengan tangannya...Takkan meleleh dah bang ?

Wow, great scene...nice car bro.!

hoho, fasha dah jadi WANTED gitu...

 Kucingpun minat dengan Fasha Sandha.Siap meniarap lagi tengok gambar Cik Fasha

So kat atas ni antara contoh gambar Fasha Sanda yang telah di "effect" kan oleh web JPGfun itu. Korang juga boleh try tutorial unik ni.Cara nak buat mudah je. Pertama ialah Upload/pilih gambar faveret korang dan kemudiannya sila pilih efek-efek yang telah tersedia. Pastinya lebih dari 20 efek menarik yang dicipta dari website JPGfun. Akhir sekali , klik kat create image & selesai.! Korang bleh lihat hasil efek gambar tersebut tu. Korang boleh save gambar tu di fail komputer korang.Good try.!


 * Xde kredit ke untuk aku ? at least bak ler 2/3 baris komen korang tu sbg tanda penghargaan utk entri tutorial kali ini,hehe. *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 29 Januari 2011

1st : Wajah kite seiras wajah selebriti

Sebagai entri pertama blog Nasanova ni, khas aku bagi informasi serta tutorial menarik untuk kalian semua.Yang pasti ramai berminat dengan entri tutorial berbanding entri merepek tak tentu pasal, ye dak ?

Oklah, kebanyakan dari kite semua memang suka dengan selebriti.Tak kire artis dari luar negara mahupun dalam negara kita sendiri, tentu ade yang menjadikan mereka sebagai ikon fesyen, ikon style.

Korang teringin nak lihat wajah selebriti yang sekan-akan same macam korang ? celebriti look a like you dude.

Kalau ye, ni aku nak habaiq mai skit.Ade 1 web yang membolehkan korang melihat wajah selebriti yang serupa & seiras dengan korang.Website tersebut bernama Celebriti Heritage.

Aku telahpun try tutorial ni & hasilnya memang luar biasa beb.Haha, serius bleh aku cakap.Ade yang lebih kurang same & cam langit dengan bumipun ade,kihkih.Tengok ajelah kat bawah ni :

 Keanu Reeves

 Jang Nara

*2 gambar kat atas ni lgsung tak de mengena dengan aku.Mahupun awek aku, bini aku,famili aku mmg xde kena mengena.Aku pakat rembat je 2 gambar ni kat google image.Sori kepada tuan gambar erk,hehe.*

Cara nak buat mudah je, mule2 upload/pilih pic korang.Then, klik run face recognation.Tunggu beberapa saat n korang bleh lihat hasilnya.Diharapkan jangan emo bile melihat hasil efek wajah korang tu,kehkeh.Coz ade yang serupa & ade yang sangat berbeza.Bergantung atas reaksi wajah anda.Jika poyo wajah anda, maka poyolah hasilnya,kehkehkeh.

Ops lupe, aku ade try jgk kat satu awek special Khairul Fahmi ni.Hehe jangan marah ye jejari runcing coz wajah anda juga dipilih untuk tutorial kali ni,hehe.

Jejari Runcing - Shu Qi 
(same x ? kalau rase xsame, harap maaf,bukan aku yg buat tapi ni Celebrity Heritage yg bagi erk,hihihi)

Wajah selebriti korang (klik sini...) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...